Monday 2 December 2013

Cerpen futuristik (Mellitus)

      Jam loceng berdering membingitkan telingaku memaksa aku membuka kelopak mata.Perlahan-lahan mataku mencelik sinar mentari yang terik membuatkan mataku menjadi sepet.Aku mendepakan kedua-dua tanganku lalu aku mengeliat.Ah! Terasa segar badanku.Pandangan kuhalakan ke jendela kaca,melihat kesesakan lalu lintas di lebuh raya yang penuh dengan kenderaan yang serba canggih.Untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ada di antara mereka memilih alternatif lain dengan menggunakan laluan di udara.Aku sudah lali dengan keadaan sebegini bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa" kerana kehidupanku ini jauh lebih canggih daripada zaman dahulu.Oleh sebab itu, aku tidak hairan dengan semua ini.Sekian lama aku termenung jauh, kakiku memijak lantai terus kuhayun langkah ke bilik mandi.Aku mesti bergerak dengan pantas, supaya aku tidak terlewat ke tempat kerja.Jam di tangan menunjukkan sudah pukul 7.45 pagi.Alamak! Ada masa 15 minit lagi.Kunci kereta terus kucapai di atas meja solek.Dengan mengenakan baju kurung moden dan kot putih serta selendang berwarna pastel dan sedikit celak di muka, aku terus bergegas keluar mendapatkan keretaku.Dengan menyentuh sedikit sahaja kunci kereta, automatik pintu keretaku terbuka luas.Selepas pintu kereta tertutup rapat, terus sahaja keretaku terbang dengan laju.Tanganku ligat mengawal butang-butang kereta agar aku memandu dengan cermat dan selamat.Seketika kemudian perutku mula berkeroncong.Baru aku teringat, aku tidak bersarapan lagi trtapi aku tidak menghiraukan perutku  yang lapar kerana aku ingin  cepat sampai.Kereta yang berenjin solar terberhenti dengan sendirinya di tempat letak kereta.Aku membuka langkah dengan pantas.Di dalam perut lif, tanganku menyentuh skrin dengan ligat, dalam sekelip mata sahaja aku sudah berada di meja kerjaku.Canggih bukan?Pada mulanya kepalaku terasa pening seketika  sewaktu mula berkerja.Sekarang aku sudah biasa dengan alat-alat yang canggih ini.Inilah duniaku sekarang, dunia metropolis yang penuh dengan alatan yang serba serbi canggih.Tepat jam lapan pagi, aku sudah mula berkerja. Skrin touch di atas meja kusentuh dengan lembut.Lejar kerjaku sudah siap terbentang di dalam skrin meja.Otakku memberi sepenuh perhatian kepada kerja yang kubuat.Kerjaku? Oh ya! Aku bekerja sebagai seorang bioteknologi di sebuah makmal perubatan di hospital termasyhur di negara Malaysialand ini.Malaysia sudah menjangkau abad ke-20.Nama Malaysia sudah ditukarkan kepada Malaysialand.Cuma tambah 'land' sahaja di belakangnya.Mataku melilau-lilau mencari sesuatu.Tiba-tiba tablefon berbunyi meminta untuk dijawab.Aku terus menyentuh punat di atas meja.Seketika kemudian keluar suara dan gambar Prof.Yong dalam skrin tablefon tersebut.
"Awak sudah siapkan lakaran ciptaan awak tu?"tanya Prof.Yong dengan mukanya yang serius."Dah, hanya tinggal mencari bahannya sahaja Prof"."Okay, apabila sudah siap sila hantar kepada saya ya".kata Prof.Yong yang fasih berbahasa Melayu."Baiklah Prof, saya akan siapkan kerja saya dengan secepatnya", jawabku dengan penuh yakin dan semangat.Aku terus menaip pada skrin touch dengan pantas."Khusyuk betul kau Ira,"tegur rakanku di sebelah."Biasalah kak Ifa, sedang sibuk mengemas kini projek terbaru ni".Dia kak Ifa, seorang yang peramah dan selalu saja menegurku jika aku tidak menegurnya terlebih dahulu."Oh, fokus betul kau ya, lincah tangan menaip.Eh, akak mengganggu kqu pula.Teruskanlah dengan kerja kau tu, semoga berjaya dengan ctaan baru kau tu ya",kak Ifa membalas balik perbualan kami sambil tersenyum dengan ceria.Kadang-kadang aku tersenyum melihat gelagat ka Ifa semasa berkerja.Jika kerjanya tidak sempat siap, dia akan cepat menggelabah dan selalunya aku yang akan menyelesaikan masalahnya.Dia mengambil bidang yang sama sepertiku dan kami berkawan rapat sejak aku mula berkerja di sini.
           Masih kuingat lagi pada hari pertama aku tersipu-sipu dengan mereka, kak Ifa yang terlebih dahulu memperkenalkan dirinya kepadaku.Dari situlah kami menjadi rapat seperti 'isi dengan kuku'.Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.Aku membuat pesanan makanan dari restoran di sebelah bangunan kerjaku menggunakan speak phone untuk memesan makanan."Cik, saya nak buat tempahan makanan nasi lauk ikan kukus dengan salad sayur campur ya".Aku meminta pesanan menggunakan talian hotline di restorannya.Pada zaman ini tiada lagi orang mahu membeli makanan di restoran dengan hanya berjalan kaki.Semua hanya membuat panggilan sahaja.Makanan pun semuanya sihat-sihat belaka.Tiada lagi makanan yang berminyak dan berlemak.Tidak sampai 10 minit pekerja makanan food express sudah sampai dengan makanan yang aku pesan tadi.Semuanya berharga RM10 sahaja.Mata wang ringgit pun sudah naik.Harga yang aku bayar tadi itu pun sudah berpatutan.Air pula sudah disediakan di makmal tersebut jadi tidak perlulah aku bersusah payah untuk membeli air.
           Sambil aku makan, aku mula terfikir tentang penyakit misteri yang melanda di Malaysialand pada hari ini.Hati kecilku tertanya-tanya mengapa penyakit yang aku kaji ini tidak diberikan perhatian oleh orang ramai.Mengapa penyakit misteri itu dibiarkan begitu sahaja tanpa noktah.Fikiranku melayang jauh memikirkan masalah yang sukar untuk mencari jawapannya.Sudah ramai masyarakat yang musnah dengan kemunculan penyakit tersebut.Jawapan untuk merawat penyakit itu mestilah ilmuan sains sepertiku menjadi sasaran untuk mencari alternatif merawat penyakit misteri yang sudah lama membelenggu masyarakat di Malaysialand.Tidak lama lagi penyakit misteri itu akan mendapat jalan penyelesaian dengan alat ciptaan terbaru daripada aku.Aku ingin melihat senyuman masyarakat sekeliling mewarnai semula negara Malaysialand.Aku ingin kembalikan semula senyuman yang telah padam disebabkan oleh penyakit misteri itu.
             Seawal pagi aku sudah berada di makmal.Aku sudah membeli semua perkakas yang ingin ku kaji.Aku sudah bersedia untuk melakukan uji kaji.Dengan kemudahan alatan yang disediakan di dalam makmal, aku terus memulakan kerjaku.Hanya aku sahaja yang berada di situ.Boleh sahaja aku meminta pertolongan daripada kak Ifa, namun aku batalkan sahaja niatku itu.Aku tidak mahu kerja kak Ifa tergendala disebabkan aku.Tambahan pula, Prof.Yong mahu dokumen-dokumen kerja kak Ifa siap sebelum minggu hadapan.Oleh itu, tiada sesiapa yang mahu membantuku.Semua pekerja pula sedang sibuk seperti kak Ifa.Maklumlah kerjaya sebagai seorang ilmuan sains,berat tanggungjawabnya.Lebih berat daripada seorang pemerintah.
               Sehari suntuk aku menyiapkan ciptaan terbaru itu.Rangka mesin yang separuh siap itu aku tenung lama.Ciptaan ini akan menjadi kejayaan terbesar dalam sejarah hidupku.Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan mesin ciptaan aku ini berfungsi dan sekaligus dapat mengembalikan zaman kegemilangan Malaysialand sebagai negara yang termaju di dunia setelah sekian lama sepi dalam bidang sains.Setelah mesinku siap seratus peratus, plastik hitam kuambil lalu membaluti mesin itu.Aku tersenyum puas.Hari esok akan menjadi hari yang paling bermakna dalam hidupku.Setelah aku pastikan semuanya dalam keadaan selamat, suis lampu kupadamkan.Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari makmal dan memandang kembali ke arah makmal tersebut.Aku berasa tidak sedap hati.Dalam fikiranku mula memikirkan yang bukan-bukan, tetapi cepat-cepat aku membuang perasaan itu.Aku tidak mahu benda buruk yang berlaku seperti apa yang aku fikirkan itu menjadi kenyataan.
             "Menarik, cuba awak terangkan kepada saya tentang ciptaan awak ini,"kata Prof.Yong setelah melihat mesin yang aku cipta ini."Baiklah Prof.Mesin saya ini yang dinamakan 'Mellitus'.Mesin ini berfungsi untuk mengesan penyakit diabetes dengan cara pesakit akan dibaringkan di atas tilam mesin itu dan secara automatik pesakit itu akan masuk ke dalam terowong dan akan di scan penyakit diabetesnya berada pada tahap ke berapa dan akan diberi rawatan yang sesuai dengan tahap diabetesnya tanpa diberi ubat atau pil.Rawatan ini diberikan sinaran laser dan dalam masa 5 minit dapat membakar seberapa banyak gula yang dapat membunuh badan manusia.Biasanya selepas rawatan ini pesakit akan diberikan krim selepas selesai rawatan laser ini.Krim tersebut dapat membantu menstabilkan kembali sel-sel kulit yang yang telah dilaser.Setakat itu sahaja Prof yang dapat saya terangkan tentang mesin saya ini.Terima kasih saya ucapkan kepada Prof kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat mesin automatik ini,"kataku sambil tersenyum lebar kepada Prof.Yong setelah memberi penerangan tentang mesinku ini."Sama-sama.Saya memberi kepercayaan ini kepada awak kerana saya dapat lihat kesungguhan awak semasa membuat kerja.Prestasi awak pun bersih dan cemerlang.Pekerja yang sebeginilah yang saya cari selama ini.Baiklah awak boleh siapkan dokumentasi tentang mesin ini dan awak boleh bawa mesin ini ke makmal uji kaji 2.Kita akan menguji mesin awak selepas wakti rehat nanti,"kata Prof.Yong lalu terus ke biliknya untuk menyiapkan segala persiapan untuk minggu hadapan.Persiapan untuk mempromosikan mesin ciptaan aku kepada umum.Aku meminta pertolongan daripada kak Ifa, Mellyna dan Amsyar untuk memindahkan mesin aku ini ke makmal uji kaji 2."Terima kasih semua.Nanti Ira belanja kamu semua makan di Restoran Fida ya, bolehlah makan makanan laut,"kataku setelah mesin itu dialihkan ke makmal yang disebut oleh Prof.Yong.
                 Hampir 10 kali aku membetulkan mesin automatik ini, tetapi tidak juga berfungsi.Apa yang tidak kena aku pun tidak mengerti.Setahu aku mesin ini aku telah buat penelitian semasa proses membinanya.Mengapa tidak berfungsi juga? Argh! Hatiku memberontak hebat dan secara tidak sengaja perasaanku timbul ketika aku meninggalkan makmal reka cipta sebelum ini.Ya, hatiku dapat mengagak sesuatu perkara buruk akan berlaku dan perkara tersebut telah pun menjadi realiti pada hari ini.Mesinku ini tidak boleh berfungsi.Di mana silapnya, aku sendiri tidak tahu.Ini semua salah aku kerana meninggalkan mesin ini semasa rehat tadi.Dalam masa yang sama Prof.Yong melihatku.Aku tidak senang hati.Aku seperti cacing kepanasan.Ke hulu ke hilir, sambil diperhatikan oleh Prof.Yong.Mungkin ini akibatnya jika terlalu yakin dan berbangga.Aku bermonolog sendiri."Ira, saya mahu jumpa awak di bilik saya sekarang!",tegas Prof.Yong sambil matanya menikam ke dalam anak mataku.Aku sudah kecut perut.Bagaimana aku harus berdepan dengan semua jni.Inilah balasan yang aku terima bak kata orang'berani buat, berani tanggung'.Seolah-olah aku membuat sesuatu jenayah yang besar terhadap Prof.Yong.Dengan langkah yang longlai aku menuruti langkah Prof.Yong dari belakang.
             "Saya minta maaf Prof.Saya tak tahu macam mana.......", aku tidak mampu untuk meneruskan kata-kata.Tiba-tiba Prof.Yong bersuara,"Saya berikan awak cuti selama seminggu.Saya bukan sengaja suruh awak bercuti, tetapi saya mahu awak rehatkan minda dan cari balik semangat dalam diri awak.Walaupun saya tahu mesin awak tu tak berfungsi tapi saya yakin dengan kemampuan awak.Saya pernah terbaca dengan satu fakta ini.Percubaan pertama selalunya menemukan kegagalan.Jadi, saya mahu awak betulkan keadaan.Bercutilah di kawasan gunung atau di tepi pantai.Pemandangan tersebut dapat memberikan awak ketenangan dan fikirkanlah bagaimana cara untuk memperbaiki mesin awak ni", pintas Prof.Yong.Sejurus kemudian beliau berlalu ke biliknya untuk membatalkan promosi yang akan diadakan.Aku dapat merasakan betapa hancur luluhnya hati Prof.Jika tidak minggu depan aku sudah berada di dewan memberi penerangan tentang ciptaan terbaruku itu.Apakan daya aku reda sahaja.Mungkin Allah mahu mengujiku sejauh mana iman dalam diriku ini.Aku terjma dugaan ini dengan hati yang terbuka.Esok hari ahad dan seperti biasa semua pekerja bercuti.Mesin automatik kupandang sekilas.Suatu keluhan berat kulepaskan.Plastik hitam kembali membaluti mesin tersebut.Aku melangkah keluar dari Makmal Uji Kaji 2 tersebut.Hatiku bersa sayu tatkala memandang mesin itu.Tidak semena-mena air mataku bergenang dan setitis manik jernih jatuh membasahi pipiku.Aku tidak menahan sebak dalam hati ini.Pantas sahaja aku menyeka dengan tangan, tidak mahu mereka melihat keadaan aku yang sebegini.
              "Assalamualaikum, Umi sihat?", aku menanyakan khabar Umi sejurus memberi salam."Umi sihat, alhamdulilah.Ira tak kerja ke hari ini?", tanya Umi dengan nada yang gusar."Tak, Umi.Hari ni Prof suruh Ira rehat.Maklumlah kerja macam Ira ni berat sikit umi", balasku untuk menyedapkan hati Umi."Ira ada masalah ke kat tempat kerja?Cuba cerita dengan Umi manalah tahu Umi boleh bantu", Umi seakan-akan tahu tentang keadaanku sekarang.Ya, aku tahu naluri seorang ibu selalunya tepat."Sebenarnya Ira ada mencipta sebuah mesin tetapi mesin tu tak berfungsi.Ira tak tahu kenapa.Ira sekarang ni buntu Umi", jujur aku berkata."Umi faham perasaan Ira.Sabar ya nak.Mungkin Allah sedang merancang yang lebih baik daripada in.Kita tak tahu.Umi nak pesan pada Ira.Walau apa pun yang berlaku Umi tetap ada di sisi Ira.Janganlah Ira berdukacita.Umi sentiasa memberi sokongan kepada Ira dan Umi percaya dengan segala keputusan yang Ira buat kerana Ira adalah satu-satunya anak yang Umi ada.Ira ingatlah dunia ini ibarat satu pusingan roda.Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang-kadang di bawah.Ira percayalah kata Umi, suatu hari nanti Ira akan berjaya dalam bidang yang Ira ceburi.Umi yakin sangat anak Umi ni akan bersinar seperti bintang yang bertaburan di langit kelam.Berdoalah nak.Umi sentiasa berdoa agar Ira sentiasa dalam lindungan-Nya.Umi teringin melihat Ira berada di puncak kerjaya dan Umi tahu Ira akan buat yang terbaik selepas ini.Ira janji dengan Umi yang Ira akan bangkit selepas ini".kata Umi dengan penuh harapan setinggi gunung."Umi Ira janji Ira akan kembali seperti Ira yang dulu Umi.Ira akan sentiasa ingat pesan Umi.Terima kasih Umi kerana memberi Ira semangat untuk teruskan kehidupan ini", kataku dengan penuh yakin.Hatiku tersentuh apabila Umi berkata begitu.Selama aku susah Umilah tempat aku mengadu.Umi sentiasa memberiku semangat dan dorongan.Ada sahaja janji yang ingin aku tunaikan kepadanya dan selalunya aku akan kotakan janji itu.Kata-kata Umi tadi sedikit sebanyak memutikkan kembali semangat yang kian pudar dalam diriku.Aku berbangga kerana aku dikurniakan seorang yang penyayang dan memahami situasiku.Inilah anugerah terbesar yang diberikan dalam hidupku daripada-Nya.Aku bersyukur kepada Maha Pencipta.Dia selalu ada untuk diriku.Setelah selesai berbicara dengan Umi, aku terus mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat Istikharah supaya diberikan petunjuk daripada-Nya.
                    Setelah selesai mengemas barang yang hendak dibawa aku terus menuju ke kereta dan memasukkan semua barang tersebut. Setelah aku memastikan segala barang untuk dibawa,aku terus memasukkan semua barang tersebut ke dalam kereta. Destinasi yang ingin aku lewati merupakan kawasan pergunungan yang terletak di Gunung Ledang,Johor. Meskipun jaraknya jauh dari rumahku, aku hanya ingin mencuci mata melihat keindahan alam semulajadi di gunung tersebut. Bukan itu sahaja,rumah ibu bapaku pun berdekatan dengan kawasan di situ. Sebelum balik bolehlah aku singgah sebentar di rumah mereka.Aku bersyukur kerana Malaysialand masih lagi mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini walaupun telah luput ditelan zaman.Pertama kali kakiku menjejakkan kaki ke gunung,jiwaku berasa tenang dan nyaman dengan menghirup udara yang segar dan daripada pokok-pokok yang subur.Kedengaran bunyi uggas dan burung berkicauan di langit seakan-akan mengalu-alukan kedatanganku di rumah mereka.Terasa lapang dadaku.Keindahan hutan yang semulajadi ini telah mendamaikan jiwaku yang resah memikirkan segala masalah yang melanda.Hilang seketika beban yang ada di kepala.Baru aku sedar selama ini aku tiada masa untuk menjamu mata menatap keunikan serta keistimewaan flora dan fauna. Cantik ciptaanNya. Aku memuji-muji kekuasaan Tuhan yang Maha Esa.Hari ini aku mahu menikmati sepenuhnya kelestarian hutan gunung ini.
   Aku cuba mencelupkan kakiku ke dalam air sungai yang mengalir yang berdekataan. Tiba-tiba muncul sekumpulan ikan halus yang menggigit lembut kakiku.Aku terus menaikkan kembali kakiku,ikan-ikan tersebut berenang bertempiaran lalu menyorok dicelah-celah batu besar di jeram.Geli hati aku melihat gelagat ikan-ikan sungai.Aku tersenyum sendiri.Aku memberanikan diri menrendam kaki ke dalam air.Ternyata sangkaanku benar.Ikan-ikan tadi datang kembali menggigit kakiku. Aku cuba menahan kegelian dalam hati.Lama-kelamaan aku sudah terbiasa dengan gigitan ikan-ikan itu.Seronok rasanya.Sedang asyik aku meneliti keindahan alam sekitar tiba-tiba,mataku menangkap seekor rama-rama yang terbang melintasi pandanganku.Aku tertarik dengan kelainan warna pada sayapnya lalu aku mengejar rama-rama tersebut.Rama-rama itu terus membawaku ke kawasan yang penuh dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni.Hatiku sungguh teruja melihat bunga-bunga disekelilingku.Pantas sahaja tanganku memetik sekuntum bunga yang berwarna merah jambu.Menghidu haruman bunga tersebut bagaikan menarikku ke alam fantasi yang penuh dengan bunga-bungaan segar.Kelopak bunga itu kucabut lalu kuletakkan dalam skrin handphoneku dan seta merta maklumat tentang pokok bunga tersebut tetera pada skrin handphoneku. Berdasarkan informasi tersebut pokok itu mampu merawat penyakit yang aku kaji.Penemuaan terebut seolah-olah memberi jalan keluar kepadaku untuk segala teka-teki yang bermain di minda.Aku berasa lega.Segala persoaalan yang ada sudah ada jalan penyelesaian buat diriku.Dalam fikiranku sudah mula merancang untuk mecampurkan bunga itu dalam mesin ciptaan aku.Rama-rama yang membawaku ke sini seperti memberiku sinar harapan dalam hidupku.Aku melambai tangan ke arah rama-rama itu walaupun rama-rama tadi telah jauh meninggalkan aku. Lambaian yang penuh ikhlas sambil bibir mengukir senyumanAkhirnya aku dapat meneruskan kembali operasi menyelamatkan nyawa masyarakat.Tanpa membuang masa aku terus memetik lima tangkai bunga merah jambu yang berdekatan lalu aku menyimpan ke dalam botol minuman yang telah kosong diminum oleh aku pagi tadi.Kemudian aku mandi  di sungai yang  berdekatan.Air sungai yang jernih membolehkan bayang-bayangku kelihatan dipermukaan air tersebut.Selesai sahaja mandi aku terus beredar pergi ke rumah ibu bapaku.Badanku berasa sejuk selepas mandi ditambah pula angin yang menampar lembut dipipiku. Sengaja aku membuka cermin tingkap untuk membolehkan aku merasai kesegaran udara di sekitar gunung.Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sama seperti situasi di tepi pantai.
    Di dalam kamar tidur aku tidak dapat melelapkan mata disebabkan terlalu banyak idea dalam minda untuk memperbaharui mesin ciptaan aku.Biasanya jarang orang dapat peluang kali kedua ini.Aku bertuah kerana Tuhan memberiku peluang ini.Aku tidak akan mensia-siakan peluang ini.Dengan iltizam yang kuat aku bertekad akan mengembleng seluruh tenagaku untuk menghidupkan semula mesin tersebut.Kali ini aku akan memberi sadikit kelainan terhadap fungsi mesin dengan menambah beberapa titis cecair datipada pati bunga tadi.Caranya bagaimana itu aku tidak pasti yang pastinya aku akan mencungkil lagi beberapa maklumat tentang pokok tersebut di dalam makmal kimia.Hatiku berbunga riang setelah mendapat penemuan yang tidak disengajakan.Dalam perjalanan balik ke rumah hati kecilku bernyanyi-nyanyi seiring mengikut rentak lagu yang keluar dari corong radio keretaku.Pada saat ini aku berasa senang hati.Tidakku sangka takdir yang telah ditulis bagiku akan menjadi indah belaka selepas episod duka melanda.Aku mengucap syukur buat kesekian kalinya ke hadrat Ilahi yang sedia mendengar luahan hatiku.Kini aku sudah lebih bersedia tempuhi segala pancaroba hidup.
                    "Ira ingat ini peluang terakhir awak.Saya harap awak buat lebih baik daripada sebelum ni",kata Prof.Young dengan tegas.Tiada secalit senyuman pun diwajahnya.Kata-kata Prof pagi tadi terngiang-ngiang dalam telingaku.Aku faham beliau tidak mahu kecewa dan malu dengan rakan-rakannya di luar.Dengan iringan doa dalam dada,aku melangkah dengan penuh yakin ke dalam makmal kimia untuk mengkaji tindak balas bunga yang ada dalam botol kaca yang berada dalam gengamanku.Kelopak-kelopak bunga yang telah diceraikan aku masukkan ke dalam pengisar bagi mendapatkan patinya selepas diperah dan ditapis.Patinya aku campurkan ke dalam larutan yang berwarna biru untuk menstabilkan asid pada patinya.Selepas aku mengerakkan campuran itu ke kiri dan kanan warna larutan tersebut telah menjadi warna ungu violet.Pelik bunyinya atau nama lain Epiphyllum Anguliger. Unik bunyinya.Aku menitiskan sedikit ke dalam mangkuk kecil yang ada pada mesin yang telah aku ubah suai sehari sebelum aku pergi bercuti.Suis on pada mesin itu aku tekan secara automatik mesin itu berjaya dihidupkan.Lega rasanya.Akhirnya mimpi ngeri telah pun bertukar menjadi indah.Semua yang dirancang telah berjalan dengan lancar.Alhamadulillah.Aku mengucap syukur.Allah telah memperkenankan doaku.Betul kata orang tua-tua' di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'.Begitu juga dengan peribahasa 'kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya'.Aku berasa kagum dengan kata-kata mutiara mereka.Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi namun,mereka pandai menilai yang mana intan yang mana kaca.Yalah mereka dulu yang makan garam daripada kita.Memang mereka sudah masak dengan asam garam kehidupan.Kata-kata hikmat aku sematkan di dalam dada supaya aku akan ingat apabila ingin membuat sesuatu perkara.Aku terus berjumpa dengan Prof .Young untuk mengkhabarkan tentang berita gembira ini.Semasa aku melintasi pejabat Prof aku terserempak dengan Kak Ifa.Kelakuannya kelihatan ganjil. Langkahku terberhenti melihat Kak Ifa yang terburu-buru masuk ke makmal yang aku keluar tadi. Aku mengintai dari sudut yang terselindung disebalik almari yang terletak disitu. Daripada apa yang aku nampak dia seperti mahu memutuskan wayar mesin yang baru aku perbaiki tadi. Tanpa membuang masa,aku terus masuk ke makmal tersebut. Tidak kusangka apa yang kulihat sama seperti apa yang terlintas difikiranku. Nasib menyebelahi aku. Sebelum sempat Kak Ifa memutuskan wayar pada mesin itu aku sudah sampai tepat pada masanya. Riak terperanjat Kak Ifa jelas sekali kelihatan pada wajahnya. Lidahnya kelu untuk berkata-kata.langkahnya mati setelah aku betul-betul berada dihadapannya. "Kak Iffa buat apa disini? Bukan makmal Kak Iffa disebelah." kataku dengan sinis. "Err akak tercicir sesuatu di bilik ini" katanya sambil tangan tadi berada pada wayar terus disorotkan kebelakang. Aku sempat menangkap perbuatan itu. "Oh bila kak Iffa masuk ke dalam bilik ini?" "Baru sahaja semalam akak tercicir sesuatu disini. Gelang emas akak tersangkut di wayar ini". "Bukan minggu ni Kak Iffa pergi ke lawatan projek sainskah?" Kak Iffa sudah mati kutu untuk membalas kata kataku. "Kenapa Kak Iffa sanggup buat begini pada saya? Apa yang sudah saya lakukan pada akak." Sanggup akak menikam belakang saya" kataku sambil mataku mulai berkaca.   
                         "Jadi selama ini segalanya musnah angkara Kak Iffakah? Sampai hati Kak Iffa buat saya begini"kataku sambil air mataku mulai mengalir. "Iya, semua ini aku yang rancang. Aku cemburu melihat kau berjaya. Selama ini projek mereka aku yang kendalikan. Tapi setelah tidak berjaya Prof menyuruh aku buat kerja lain dan memanggil kau untuk menguruskan kerja ini. Aku terlalu kecewa. Sebab itu aku mengambil kesempatan untuk berkawan dengan kau. Kau melayan aku seperti kawan karib kau. Kau tak tahu makna disebalik kawan bagi aku" katanya sambil menjeling tajam kepadaku. "Apa salah saya kak? Apa dosa saya kepada akak?" air mataku mengalir deras. "Kau tiada salah padaku. Kau terlalu baik sampai orang terlalu mudah memijak kepala kau. Kau tak tahu semua itu. Selama ini kau menganggap aku tak ubah seperti kakak kandung kau sendiri. Kau memang orang yang baik, Ira. Kebaikan kau buat sampai aku boleh rancang segala perbuatan jahat aku kepada kau". Hatiku bagai disiat siat dengan pisau yang tajam. Pedih rasanya apabila Kak Iffa yang aku sanjungi begini rupanya. "Tak sangka Kak Iffa yang terlalu baik sanggup memusnahkan impian Ira selama ini" Sangkaanku terhadap Kak Iffa meleset sama sekali. " Busuknya hati akak. Ini bukan caranya jika mahu berjaya. Cara yang betul adalah dengan mencipta sesuatu yang lebih hebat daripada Ira. Bukan memusnahkan mimpi indah Ira" suaraku sedikit kuat sehingga bergema di dalam makmal ini. Bibirku terketar ketar membalas balik hujah Kak Iffa."Kau patutnya bersyukur kerana aku tidak membunuh kau. Jika tidak nyawa kau sudah melayang dalam genggaman aku. Tapi aku batalkan sahaja niat aku ini kerana tidak mahu terlalu kejam terhadap kau. Aku ni tidaklah sekejam yang kau sangkakan. Aku masih waras memikirkannya. Oleh itu, aku rancang semua ini. Aku gembira bila kau diberi cuti oleh Prof. Hati aku senang melihat kau kecewa tetapi kegembiraan aku mati setelah kau muncul kembali membuat ciptaan yang lebih hebat. Aku tidak boleh tahan dengan semua ini. Jika kau tidak datang tadi pasti kau kecewa buat kali kedua. Tapi kau tidaklah sebodoh yang aku sangka. Kau lagi pandai daripada aku rupanya. Syabas kerana berjaya memintas perbuatan jahat aku ini." Senyuman yang paling sinis dan jelingan yang tajam setajam pisau yang baru diasah. Jelingan dan senyuman itu seperti pernah ku nampak sebelum ini.
                       Kejadian sehari sebelum aku cuti mula bermain-main di dalam fikiranku. "Ira, kenapa ni? Ira ada masalah ke? Jika ada beritahu lah akak. Manalah tahu akak boleh bantu?" kata Kak Ifa semasa aku bertembung dengannya ketika aku mengemas meja kerja. "Ciptaan terbaharu saya tidak menjadi kak. Saya tidak tahu di mana silapnya" kataku sambil menangis teresak esak. "Akak tahu Ira kecewa sangat. Betul juga tindakan Prof itu. Berehatlah. Mungkin itu dapat menenangkan keadaan Ira" Kak Ifa mengiakan tindakan Prof dengan tutur kata yang lembut. Namun disebalik pertuturan itu sungguh menyampah dia mengucapkan kata kata itu kepadaku. Memang manis mulut Kak Iffa ketika itu. "Ira fikir-fikirkan lah ya. Akak nak ke tandas sekejap" kata Kak Ifa sambil melangkah pergi. Ketika itu aku hanya terfikir perkara yang pelik berlaku sebelum rehat tadi. Aku ingin melaporkannya kepada Prof untuk memeriksa CCTV yang ada di lorong laluan makmalku. Akan tetapi lain pula jadinya. Aku ternampak Kak Ifa dan Prof sedang berbual bual. Gaya mereka berdua bercakap seperti membincangkan perkara yang penting. Aku cuba mendengar butir butir percakapan mereka tetapi kurang jelas. Selepas mereka selesai Kak Ifa pergi dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Senyuman pada mulanya aku menganggap senyuman biasa tetapi setelah mendapat tahu tentang hal ini baru ku tahu bahawa senyuman itu adalah senyuman muslihat si pengkhianat. Senyuman yang penuh makna buat Kak Ifa. Lamunanku terhenti apabila terdengar satu suara. "Apa yang berlaku ni?" Amsyar pelajar perubatan yang sebaya denganku bertanya. "Kak Ifa, Prof nak jumpa."katanya lagi. Sebelum melangkah pergi, Kak Ifa sempat mengucapkan kata kata terakhirnya. "Akak minta maaf atas perbuatan akak ini. Akak gagal menjadi kakak yang baik untuk kau. Mungkin kita tidak akan berjumpa lagi. Walaupun akak berlaku kejam dengan kau tetapi ingat jangan beri muka pada orang yang rapat dengan kau selain ibu ayah kau"sempat lagi dia memberi nasihat kepadaku. Aku tidak menyalahkan seratus peratus masalah lalu kepadanya. Aku pun bersalah juga kerana mempercayainya setulus hati. Selepas ini aku perlu berhati hati dengan manusia. Iya, rambut sama hitam tetapi hati lain lain. Itulah pepatah yang akan ku pegang selama lamanya.
                  "Inilah ciptaan terbaharu saya mesin diabetis yang dapat membantu pesakit diabetis sihat sepenuhnya selepas mengunakan mesin ini.Cara untuk mengendalikan mesin ini masih mengekalkan sinaran laser cuma kita akan menyapu sejenis cecair khas yang diperoleh daripada bunga bakawali pada anggota badan yang berkenaan sebelum melakukan laser.Selepas dilaser,pesakit akan diberikan sapuan krim pelembab untuk menstabilkan sel-sel badan.Saya berharap ciptaan saya dapat menyelamatkan nyawa orang ramai diluar sana.Saya berasa syukur kerana akhirnya ciptaan kali kedua saya berjaya.Kini masyarakat boleh menarik nafas lega dan menikmati kehidupan yang selesa tanpa gangguan sebarang penyakit.Masyarakat tidak perlu risau tentang harga rawatan tersebut kerana pada tahun ini saya berikan rawatan percuma kepada pesakit diabetis yang kritikal dan 20% daripada harga sebenar.Mesin ini akan dipasarkan ke serata negara bagi menolong pesakit diabetis di luar sana.Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa,Prof dan semua yang terlibat kerana telah merealisasikan impian saya"kataku sebaik sahaja majlis perasmian ciptaan terbaharuku pada hari ini.Tepukan gemuruh kedengaran selepas aku selesai memberi ucapan.Sinaran lensa kamera oleh para wartawan sedikit pun tidak  menganggu perhatian aku.Aku tersenyum melihat Perdana Menteri menekap sebelah tangan pada skrin touch pada meja kerja ahli saintis bagi merasmikan mesin terbaharuku ini. Usai sahaja turun dari pentas perasmian tersebut, sekumpulan wartawan menyerbu kearahku untuk bergambar dengan mesin diabetisku. "Tahniah, kau nampak hebat di atas pentas tadi. "kata Amshar sempat lagi memberikan senyuman manisnya itu. Amshar yang dulunya kusangkakan telah merosakkn mesin ciptaan pertamaku, namun sangkaanku meleset. Dia hanya lalu sahaja di depan makmal itu setelah aku melihat melalui CCTV di dalam bilik khas. "Termenung jauh nampak"kata Amshar sekali lagi sampai tangannya melambai lambai dihadapanku. "Eh! Mestilah untuk memikirkan wawasan kita pada masa akan datang"bohongku kepadanya kerana tidak mahu dia tahu apa yang aku fikirkan tadi. Pada hari ini hasratku ingin berjumpa dengan seseorang tidak tercapai. Kak Ifa telah ditukarkan ke tempat yang lebih jauh. Kasihan aku melihat Kak Ifa yang dimarahi oleh Prof di dalam biliknya. Aku memandang sepi pada meja yang kosong disebelahku sehari sebelum majlis perasmian ini.
                 Aku memejam mata dan perlahan-lahan membuka semula.Keluhan berat aku lepaskan.Bagaimana kehidupan Kak Ifa sekarang?Dia ingatkah hari ini adalah hari yang bermakna untukku.Adakah dia melihatku pada skrin televisyen?Aku membiarkan sahaja persoalan itu berlegar-legar dimindaku kerana aku tiada jawapan untuk itu.Kulihat awan biru yang cerah.Masih ada langit yang sama seperti saban hari,cuma kecerahannya sahaja yang tidak menentu.Seakan-akan sama seperti situasi kehidupanku.Aku perlu fokus tentang arah tuju hidupku supaya bergerak maju ke hadapan.Zaman akan datang orang ramai berlumba-lumba mahu menjadi yang terbilang dalam kalangan yang cemerlang.Azam yang kuat disertai restu ibu bapa
akan menjadikan aku lebih bersemangat untuk berjaya.Aku membuat kesimpulan permainan dunia adalah jauh lebih sukar dijangkakan namun aku sudah bersiap sedia mencari jawapan dalam segala kesukaran agar mendapat kesenengan kelak.

Monday 18 November 2013

Sajak bertemakan kemanusiaan

Assalamualaikum w.b.t...
Salam sejahtera kepada semua yang melihat blog saya pada hari ini...
Buat pertama kalinya saya buat blog dan alhamdulilah berjaya...
Pada hari ini saya ingin mempersembahkan sebuah sajak yang bertemakan kemanusiaan....Terimalah...


Di sana ku melihat
Manusia yang lupa diri
Membuat dosa tidak henti-henti
Tanpa mengenal syurga dan neraka
Tidakkah mereka takut akan balasan Allah?

Ingatlah wahai manusia
Dunia ini hanya sementara
Sementara ada kelapangan
Marilah kita bersama-sama
Bertaubat memohon keampunan dari-NYA
Semoga jalan kita lurus memasuki syurga-NYA....

Cukup sampai di sini sahaja sajak yang saya ingin sampaikan moga-moga apa yang saya sampaikan ini menjadi panduan kepada manusia yang berada di luar sana termasuk diri saya...Assalamualaikum